Finalis 5 Teratas – Kumaresan a/l Muniandy

Kumaresan a/l Muniandy

SM Pendidikan Khas Vokasional Merbok, Kedah

Cikgu Kumaresan merupakan salah seorang daripada 5 Finalis Teratas Hadiah Guru Malaysia. Beliau merupakan seorang guru pendidikan khas dari SM Pendidikan Khas Vokasional Merbok, Kedah. Seorang ibu merungut tentang kebimbangannya mengenai pengangguran anaknya kerana dia seorang OKU. Keprihatinan ibu bapa muridnya ini telah memberi inspirasi kepada Cikgu Kumaresan untuk memulakan projek pembelajaran peralihan kerjaya yang boleh membantu murid-murid istimewa mendapat peluang pekerjaan atau menjadi usahawan di dunia sebenar. Antara projek terawal beliau termasuklah projek ternakan burung puyuh pada tahun 2012 di PPKI SMK Pengkalan Aur. Projek ini membolehkan pelajar mendapat peluang dan pengalaman keusahawanan serta peluang untuk berdikari. Projek ini memenangi banyak anugerah, antaranya Anugerah Inovasi Terbaik Negeri Perak, Anugerah Pingat Emas dan Anugerah Inovasi Kebangsaan. Di samping kejayaan itu, projek Cikgu Kumaresan turut dibentangkan di Persidangan Pendidikan Khas Antarabangsa ICSAR ke-7 di Indonesia. Selain itu, Projek Hello School to Work dan Projek Perusahaan Sekolah OKU Kedai Dobi telah berjalan di sekolah Cikgu Kumaresan sejak tahun 2017. Hasilnya, seramai 20 orang pelajar yang terlibat dalam projek ini berjaya mendapat tempat dalam sektor perindustrian mengikut prestasi mereka dalam bidang kepakaran masing-masing. These two projects won the Senia World Changer Award, and Cikgu Kumaresan also won the ‘Anugerah Ikon Guru Pendidikan Khas’ and ‘ Anugerah Guru Cemerlang Kebangsaan, Negeri dan Daerah’. Cikgu Kumeresan masih menjalankan pelbagai projek yang boleh membantu pelajar berkeperluan khas dalam menggilap kemahiran mereka untuk memenuhi keperluan majikan dan mendapatkan peluang pekerjaan yang stabil selepas mereka menamatkan pengajian mereka. Kini, Cikgu Kumaresan dalam usaha meneroka cara untuk menyebar luas kemahiran ‘job coaching’ kepada guru-guru pendidikan khas yang lain.