Soon Seng ialah Ketua Pegawai Eksekutif Teach For Malaysia. Beliau menyertai Kohort Teach For Malaysia yang pertama diadakan pada 2012. Sebagai seorang guru dalam komuniti berpendapatan rendah, beliau amat terkesan dengan cabaran yang dihadapi oleh pelajarnya, dan bagaimana kekurangan peluang, bukannya kekurangan keupayaan, yang biasanya menghalang pelajar daripada merealisasikan potensi mereka. Beliau memiliki ijazah dalam Pengurusan dan Pemasaran (Universiti Murdoch) dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (Universiti Utara Malaysia). Pada 2020 beliau dilantik sebagai ahli Pasukan Petugas Khas Profesionalisme Keguruan di bawah Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan 2018-2020. Beliau mempunyai visi sistem pendidikan holistik yang bukan sahaja membangunkan akademik murid, tetapi juga kemahiran sosial, emosi, jasmani, rohani, dan kepimpinan mereka, demi memastikan murid kita dapat berkembang maju dalam abad ke-21.