Danial merupakan Ketua Eksekutif Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI), sebuah pusat pemikiran yang telah bertapak sejak 30 tahun lalu. Kerjaya beliau termasukalah dalam bidang profesional perundangan, kementerian kerajaan (Pendidikan, Pendidikan Tinggi, Kewangan), syarikat permulaan edtech Australia, dan Pendidikan Sunway. Beliau juga merupakan kolumnis untuk akhbar TheStar yang memberikan tumpuan terhadap pendidikan, isu-isu sosial, dan teknologi. Beliau juga merupakan hos rancangan The Nation, sebuah rancangan bual bicara hal ehwal semasa di BERNAMA. Danial juga mempunyai ijazah sarjana dalam undang-undang dari Universiti Oxford.