Peranan Farah Jasmine sebagai SISC+ (Pakar Jurulatih Peningkatan Sekolah) adalah untuk menyerlahkan potensi guru-guru. Farah sangat yakin bahawa setiap guru mempunyai kemampuan untuk membawa perubahan positif terhadap pelajar dan seterusnya membuka peluang yang luas buat mereka Pengalaman mengajar yang lebih 2 dekad menjadikan beliau memahami cabaran yang dihadapi oleh pendidik, sekaligus menjadi pemangkin kepada kesungguhan beliau untuk melengkapkan guru dengan kemahiran penting abad ke-21. Setelah menjalani latihan dalam program-program Bahasa Inggeris yang disokong oleh Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, beliau berazam untuk terus mengikuti perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan memberikan sokongan kepada guru-guru melalui webinar. Bagi beliau, perjalanannya dalam bidang pendidikan telah dipandu oleh kata-kata daripada Yeats, “Every teacher can ‘light a fire’”.