Hanisa kini berkhidmat di Bahagian GENIUS, Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Penolong Setiausaha Kanan Gred DG44. Beliau mempunyai lebih kurang 15 tahun pengalaman sebagai pendidik di dalam bidang pendidikan awal dan asuhan kanak-kanak. Beliau juga telah menghadiri pelbagai kursus, bengkel dan ceramah berkenaan pendidikan awal kanak-kanak untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahirannya. Bermula pada bulan Ogos 2020, Hanisah telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha Kanan (Pegawai Paksi) dan dipertanggungjawabkan untuk memantau pelaksanaan Program GENIUS Negara di Pusat Anak GENIUS Negara serta memastikan kualiti penyampaian program dan pengurusan pusat dikawal selia dengan baik. Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang ahli panel penilai Standard Kualiti Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak (SKPAK) yang dikelolakan oleh Unit Jaminan Kualiti, Bahagian GENIUS, Kementerian Pendidikan Malaysia.