Mohd Zulhijri Bin Sabtu

Ketua Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Murid, JPN Melaka

Zulhijri telah bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Murid, JPN Melaka. Beliau telah berkhidmat di dalam bidang pendidikan hampir 23 tahun dan kini sedang melanjutkan pengajian secara separuh masa di peringkat P.H.D dalam Pengurusan Strategik di Universiti Kebangsaan Malaysia. Antara anugerah yang telah beliau terima ialah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang APC (Tahun 2006 & 2017),Anugerah Emas Pementoran Pendidikan Melaka (Tahun 2021),Anugerah Mutiara Mubarak (Majlis Bekas Wakil Rakyat) Tahun 2023 Kategori Perkhidmatan Awam dan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) Tahun 2017Beliau pernah terlibat sebagai Panel dalam Panel Pembinaan Garis Panduan, Buku Panduan dan Modul di Peringkat KPM (Kebangsaan) dan Negeri (JPN) dalam bidang Pembinaan Karekter Murid, Pentafsiran Psikometrik, Tranformasi Asrama Harian, Pengurusan Kaunseling Untuk Murid, Panduan Menanggani Buli dan sebagainya.