English Teacher
SK Long Sebangang, Sarawak
Outside of the classroom, he pioneered the Filpen Club, which gave students space to express themselves through filmmaking. Through this club, they have produced and sold their own short films with their film, “Teether” being accepted to the Horror Unleashed Film Festival in Portugal.
English Teacher SMK Long Ghafar 2, Kelantan
Commonly known as Sir Asai, Shahrul is a teacher who actively employs the power of social media to foster interest in his students to learn English. Prior to his rise to fame, Shahrul has been an exemplary English teacher as demonstrated by his school’s consistent improvement in SPM English over the past five years. He is also a frequent speaker in supporting students on how to score in the examination and in supporting teachers on creating educational content on social media. Boasting 1.2 million followers on TikTok, Shahrul has truly brought education front and centre to the eyes of the public.
Islamic Studies Teacher
SK Bandar, Johor
Jumisara is a devoted Islamic Studies teacher who does her best in ensuring her students can read and write Jawi fluently in order to khatam (recite) the Al-Quran. To that end, she has created an innovation called HIJAAQ, which addresses common issues in reading Jawi that she discovers in her students, such as connected and disconnected characters along with matching Roman alphabets to Jawi. Outside of the classroom, she started the Kumpulan Ibu Sayang Sekolah (KISS) in 2018, which not only supports parents and guardians to help their children in education but also to advocate for self-care and create further opportunities for them to develop extra income sources.
Physical Education Teacher, SK Mahmud, Pahang
Kathiresan is an innovative practitioner who has developed multiple strategies to better teach his students. For example, he created a teaching aid called “Tapak Kaki Kathi” from recycled materials to support his students in their footwork for netball. As a result, eight of his students were able to advance to state-level competitions. Kathiresan also actively coaches fellow teachers on how they can create their own contextualised innovations to be used in their classrooms.
Music Teacher SK Pendidikan Khas Tuaran, Sabah
Stefanus is an innovative music teacher who anchors on the principle of “Focus on Ability, not Disability” in his work with students with special needs. He pioneered the “Suara Kami @ Our Voices” project, which focuses on communication and performance skills, empowering his students to express themselves confidently. To bridge the gap for his students who are visually impaired, Stefanus also creates new teaching aids from recycled materials such as egg cartons to make the experience of learning musical notes more engaging and accessible. The school ensemble has received multiple accolades such as a silver diploma from the XIV European Championship of Folklore “Euro Folk 2022” and first prize at the USA World Music International Competition in 2021.
Mathematics Teacher
SJKC Union, Penang
Jerome is a steadfast teacher who ardently works in the field of Education for Sustainable Development (ESD). Within his classroom, he integrates sustainability concepts via activities ranging from calculating electricity bills to automated plant watering with Microbit. Along with a few teachers from various schools who are passionate in ESD, they co-founded an NGO called the Green Educator’s Workgroup (GREW) in 2021 that focuses on ESD and the Sustainable Development Goals (SDGs) for schools in Penang. Under his tenure as GREW’s President, more than 50 activities / programs related to ESD have been carried out and they have benefited more than 10,000 students.
Science Teacher SK Jengka Pusat 2,Pahang
Understanding the need to support his students in memorising and understanding scientific facts and also to make the teaching and learning experience more enjoyable, Safuan embarked on a journey to create parody songs for Science, which can be used in any part of a Science lesson. His strategy proved to be effective as shown by the increased engagement of his students during classes and also in their academic performance. To date he has over 650 videos on his YouTube Channel and almost 20,000 subscribers and up to 2 million total views.
Mathematics Teacher SJKT Bestari, Bestari
Sadheesh Kumar is a Mathematics teacher who supports students in Tamil vernacular schools. He has conducted various action research plans, which focus on the rudiments of Mathematics such as his patented innovation called the “Number Sense Kit”. His teaching practices proved effective as he successfully increased his school’s UPSR Mathematics results by 25% to a full passing rate from 2004 to 2019. His innovation also won the Gold Award at the state, national and international level. Finally, he also uploaded over 200 videos on his YouTube channel to teach Mathematics and Chinese Language using Tamil.
Design & Technology Teacher SMK Dato’ Ahmed Maher, Kelantan
Zul Afida is the Master Trainer of the Design and Technology Panel (Reka Bentuk dan Teknologi) whose primary approach in the classroom is called “Kaedah Just Upgrade It” (KJUI). The name of her STEM approach believed to bring the potential of every student by upgrading their capabilities to reach greater heights in order to face the new challenges in problem solving. Through KJUI, she provides a differentiated approach to her students by collaborating with the community or external officers to support students in enhancing their products. As a result, more than 100 of her students have participated in STEM innovation programmes up to an international level.
Media & Library TeacherSMK Sultan Bahiyah, Kedah
Dr Zuridah is a passionate Media and Library teacher who utilises her role to improve literacy and inculcate a culture of reading within her students. Furthermore, she trains her school librarians to not just carry out their duties well but also to a calibre of being able to train librarians in more than 30 other schools within the state of Kedah. Beyond her impact with students, she is also an active leader within the community of Media and Library Teachers and co-founded the Organisation of Malaysian Library and Media Teachers (PGPMM), which organises colloquiums, seminars and monthly webinars to help support fellow teachers.
Guru Bahasa Inggeris SK Long Sebangan, Sarawak
Nazmi merupakan seorang guru yang bersemangat dalam memastikan murid-murid beliau dari kawasan luar bandar menerima peluang untuk belajar dengan sebaiknya. Melalui simulasi bilik darjah beliau yang dikenali sebagai “Danger Room”, beliau memberikan murid-murid beliau peluang untuk mengalami situasi-situasi yang belum pernah mereka lalui seperti memasuki kedai dobi ataupun menaiki kapal terbang. Di luar bilik darjah, beliau mempelopori Kelab Filpen, yang memberi ruang kepada murid-murid untuk mengekspresikan diri mereka melalui pembuatan filem. Melalui kelab ini, mereka telah menghasilkan dan menjual filem pendek hasil mereka. Salah sebuah filem mereka, “Teether” telah berjaya diterima oleh Horror Unleashed Film Festival di Portugal.
Guru Bahasa Inggeris SMK Long Ghafar 2, Kelantan
Lebih dikenali sebagai Sir Asai, Shahrul ialah seorang guru yang aktif menggunakan media sosial untuk memupuk minat murid beliau untuk mempelajari Bahasa Inggeris. Bahkan sebelum beliau terkenal di media sosial, Shahrul berjaya meningkatkan pencapaian sekolah beliau dalam SPM Bahasa Inggeris secara konsisten sejak lima tahun yang lalu. Beliau juga sering mengadakan ceramah untuk membimbing murid-murid dalam teknik menjawab serta membimbing guru-guru untuk mencipta kandungan pendidikan yang berkesan di media sosial. Dengan pengikut seramai 1.2 juta orang di TikTok, beliau sememangnya telah memartabatkan sektor pendidikan kepada masyarakat umum.
Guru Pendidikan Islam
SK Bandar, Johor
Jumisara merupakan seorang guru Pendidikan Islam yang gigih berusaha memastikan murid-muridnya dapat membaca dan menulis jawi dengan lancar menerusi inovasinya HIJAAQ dan terbaharu Si-J: Ajari Saya Jawi. Bukan itu sahaja, beliau merupakan orang pertama yang mematenkan pembelajaran penguasaan asas Al-Quran secara bergambar iaitu Kaedah Yassir. Di luar bilik darjah, beliau memulakan Kumpulan Ibu Sayang Sekolah (KISS) pada tahun 2018 yang menyokong ibu bapa dan penjaga untuk bukan sahaja membantu anak-anak mereka dalam pendidikan bahkan menyokong penjagaan diri dan juga dalam mewujudkan peluang untuk mereka membangunkan sumber pendapatan sampingan.
Guru Pendidikan JasmaniSK Mahmud, Pahang
Kathiresan ialah seorang guru yang berinovatif yang telah membangunkan pelbagai strategi untuk mengajar anak murid beliau dengan lebih baik. Sebagai contoh, beliau telah mencipta suatu alat bantu mengajar iaitu “Tapak Kaki Kathi” yang diperbuat daripada bahan kitar semula untuk menyokong murid-murid beliau dalam gerak kaki bola jaring. Hasilnya, lapan orang murid beliau berjaya mara ke pertandingan bola jaring peringkat negeri. Kathiresan juga sering melatih rakan sekerja beliau dalam kaedah mencipta inovasi kontekstual yang tersendiri untuk digunakan dalam bilik darjah mereka.
Guru Pendidikan Muzik
SK Pendidikan Khas Tuaran, Sabah
Stefanus ialah seorang guru muzik yang berinovatif dan berpegang pada prinsip, “Focus on Ability, not Disability” dalam menjalankan tugasnya bersama murid berkeperluan pendidikan khas. Beliau mempelopori projek “Suara Kami @ Our Voices” yang memberikan fokus kepada kemahiran komunikasi dan persembahan untuk memperkasakan murid-murid beliau untuk mengekspresikan diri mereka dengan lebih berkeyakinan. Bagi merapatkan jurang pembelajaran bagi murid-murid beliau yang kurang upaya penglihatan, Stefanus turut mencipta alat bantu mengajar baharu daripada bahan kitar semula seperti kotak telur untuk menjadikan pengalaman pembelajaran nota muzik lebih menarik dan mudah. Ensembel sekolah beliau telah menerima pelbagai anugerah seperti anugerah diploma perak di Kejohanan Cerita Rakyat Eropah XIV “Euro Folk 2022” dan hadiah pertama di Pertandingan Antarabangsa Muzik Dunia Amerika Syarikat pada tahun 2021.
GURU Matermatik SJKC Union, Penang
Jerome ialah seorang guru yang bergiat dalam Pendidikan untuk Pembangunan Lestari (ESD). Dalam pengajaran beliau di bilik darjah, beliau menyepadukan konsep kemampanan melalui pelbagai aktiviti seperti pengiraan bil elektrik dan penyiraman loji automatik menggunakan Microbit. Bersama beberapa orang guru dari beberapa buah sekolah yang juga mementingkan ESD, mereka telah mengasaskan sebuah NGO yang dipanggil Green Educator’s Workgroup (GREW) pada 2021 yang memfokuskan ESD dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) untuk sekolah-sekolah di Pulau Pinang. Di bawah perkhidmatan beliau sebagai Presiden GREW, atas usaha pasukan beliau, lebih daripada 50 aktiviti / program berkaitan ESD telah dianjurkan yang memberi manfaat kepada lebih daripada 10,000 orang murid.
Guru Sains SK Jengka Pusat 2, Pahang
Dalam memahami keperluan murid beliau untuk menghafal dan memahami fakta saintifik di samping menjadikan pengalaman pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan, Safuan telah mengorak langkah mencipta lagu parodi untuk Sains yang boleh digunakan dalam mana-mana bahagian proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran tersebut. Strategi beliau terbukti berkesan seperti yang ditunjukkan oleh peningkatan pelibatan murid beliau dalam kelas dan juga dalam peningkatan prestasi akademik mereka. Sehingga kini, beliau mempunyai lebih daripada 650 buah video di Saluran YouTube beliau, hampir 20,000 orang pelanggan dan lebih daripada 2 juta jumlah tontonan.
Guru Matematik SJKT Bestari, Selangor
Sadheesh Kumar ialah seorang guru Matematik yang menyokong murid-murid sekolah vernakular Tamil. Beliau telah menjalankan pelbagai kajian tindakan yang memberi tumpuan kepada asas Matematik seperti inovasi beliau iaitu “Number Sense Kit” yang telah dipatenkan. Amalan pengajaran beliau terbukti berkesan apabila beliau berjaya meningkatkan keputusan UPSR di sekolahnya dalam subjek Matematik sebanyak 25% kepada kadar kelulusan penuh dari tahun 2004 hingga 2019. Inovasi beliau turut memenangi Anugerah Emas di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Selain itu, beliau turut memuat naik lebih 200 buah video di saluran YouTube beliau untuk mengajar subjek Matematik dan Bahasa Cina menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar.
Guru Reka Bentuk dan Teknologi SMK Dato’ Ahmed Maher, Kelantan
Zul Afida ialah Jurulatih Utama bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi yang memperkenalkan pendekatan bilik darjah yang dikenali sebagai “Kaedah Just Upgrade It” (KJUI). Nama pendekatan STEM beliau bertujuan meningkatkan keupayaan murid dalam kaedah penyelesaian masalah untuk menghadapi pelbagai cabaran baharu serta menggalakkan murid terlibat dengan pertandingan inovasi STEM. Pembelajaran dalam bilik darjah dikembangkan ke luar bilik darjah dengan sedikit sentuhan magis melibatkan ibubapa, komuniti dan pihak industri. Hasilnya, lebih daripada 100 orang murid beliau telah pelbagai program pertandingan dan pameran inovasi STEM sehingga ke peringkat antarabangsa.
Guru Media & PerpustakaanSMK Sultan Bahiyah, Kedah
Dr Zuridah ialah seorang guru Media dan Perpustakaan yang bersemangat meningkatkan celik huruf dan menyemai budaya membaca dalam kalangan murdinya. Selain itu, beliau juga telah membimbing pengawas perpustakaan di sekolah beliau sehingga mereka mampu melatih pengawas perpustakaan dari lebih daripada 30 buah sekolah lain di negeri Kedah. Beliau juga aktif bergiat dalam komuniti Guru Media dan Perpustakaan dan merupakan pengasas bersama Pertubuhan Guru Perpustakaan dan Media Malaysia (PGPMM) yang giat menganjurkan kolokium, seminar dan webinar bulanan untuk menyokong para guru.