The Malaysia Teacher Prize

Malaysia Teacher Prize (MTP) dianjurkan untuk menghargai, meraikan dan menonjolkan guru-guru cemerlang di Malaysia. Anugerah ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia yang mengiktiraf guru-guru pada peringkat kebangsaan dan menyediakan sebuah platform untuk menyebar luas amalan terbaik mereka.

Pemenang Malaysia Teacher Prize akan menerima hadiah wang tunai berjumlah

RM0,000

Finalis 5 Teratas, kecuali pemenang, akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM 5,000.
Finalis 10 Teratas akan menerima sokongan pembangunan profesional menerusi siri bengkel oleh PEMIMPIN GSL.

Butiran Permohonan Malaysia Teacher Prize

Permohonan terbuka kepada semua guru:

Mengajar pelajar berumur 5 - 18 menggunakan sukatan kurikulum kebangsaan
Mengajar sekurang-kurangnya 10 jam seminggu
Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman mengajar
Merancang untuk kekal dalam profesion keguruan untuk tempoh 5 tahun akan datang
Cheryl Ann Fernando

CEO PEMIMPIN GSL dan Pengasas Bersama Malaysia Teacher Prize

Kami berharap menerusi anugerah ini, kami dapat mempamerkan guru-guru cemerlang yang sentiasa memberikan yang terbaik dalam usaha mereka untuk memastikan murid-murid dapat menerima pendidikan yang berkualiti.

Samuel Isaiah

Pengasas Bersama
Malaysia Teacher Prize

Kami percaya perubahan hanya akan berlaku apabila wujud kerjasama antara pelbagai pihak yang bersefahaman, dan menerusi kerjasama dengan Varkey Foundation dan Global Teacher Prize, kami akan berusaha memberikan perhatian yang sepatutnya kepada guru-guru di Malaysia.

Dato’ Kathleen Chew

Pengarah Program YTL Foundation

Guru ialah arkitek bangsa, yang membentuk fikiran masa depan. Kami bangga menyokong Malaysia Teacher Prize yang bukan sahaja meraikan sumbangan mereka, tetapi juga mengiktiraf peranan penting yang mereka mainkan sebagai pembina negara bangsa. Dengan menghormati dan menyokong para guru, kita dapat menciptakan persekitaran pendidikan yang lebih positif demi memanfaatkan semua pihak.