Metodologi 2024

Metodologi Penjurian Malaysia Teacher Prize

  • Malaysia Teacher Prize mempunyai proses permohonan serta penjurian yang berperingkat. Proses ini melibatkan penapisan, saringan dan temuduga demi menyenarai pendek para Finalis serta Pemenang.
  • Permohonan peringkat pertama akan berfokus kepada satu esei 500 patah perkataan atau satu video selama 3 minit di mana pemohon akan berkongsi tentang refleksi serta perjalanan beliau sebagai seorang pendidik.
  • Semua permohonan yang dihantar dalam Peringkat 1 akan melalui proses tapisan untuk mengenalpasti semua pemohon yang memenuhi kriteria permohonan.
  • Semua pemohon yang layak akan dinilai oleh ahli juri dalam Jawatankuasa Anugerah berdasarkan rubrik penilaian untuk senarai pendekkan pemohon yang akan mara ke Peringkat 2.
  • Pemohon yang disenarai pendek untuk Peringkat 2 akan dikehendaki untuk melengkapkan 4 esei tambahan yang masing-masing tidak lebih daripada 250 patah perkataan dalam topik berikut:
    • Pengajaran Anda
    • Pembangunan Profesionalisme
    • Aktiviti Luar Bilik Darjah
    • Sumbangan terhadap Profesion Keguruan
  • Pemohon-pemohon ini akan dinilai sekali lagi oleh para juri Jawatankuasa Anugerah bagi menentukan calon temuduga.
  • Akhirnya, sesi temuduga akan mengenalpasti Finalis 10 Teratas, Finalis 5 Teratas dan Pemenang Malaysia Teacher Prize.
  • Jawatankuasa Anugerah terdiri daripada individu yang merupakan:
    • Pegawai berpengalaman dari Kementerian Pendidikan Malaysia
    • Ahli akademik yang tersohor
    • Individu cemerlang daripada organisasi pendidikan
    • Individu cemerlang daripada organisasi bukan pendidikan
    • Individu cemerlang daripada Organisasi berkait Malaysia Teacher Prize
  • PEMIMPIN GSL juga akan menjalankan pengesahan latar belakang serta semakan rujukan jika diperlukan untuk memastikan kesahan permohonan.