Permohonan

Memohon untuk Malaysia Teacher Prize

Setiap guru yang ingin memohon untuk Malaysia Teacher Prize perlulah menepati syarat-syarat berikut:

Guru dalam perkhidmatan
Malaysia Teacher Prize terbuka kepada semua guru dalam perkhidmatan di Malaysia yang mengajar pelajar yang  wajib bersekolah* dalam lingkungan umur lima tahun hingga lapan belas tahun.

*Sekolah wajib termasuk sekolah awam, sekolah swasta dan sekolah di bawah naungan organisasi bukan kerajaan yang mematuhi kurikulum kebangsaan Malaysia.

Pengalaman mengajar

Anugerah ini hanya terbuka kepada guru-guru yang mempunyai sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman mengajar di mana-mana jenis sekolah dari mana-mana negeri di Malaysia.

Guru Malaysia

Calon haruslah warganegara Malaysia.

Masa pengajaran

Calon haruslah mengajar sekurang-kurangnya 10 jam seminggu** dan haruslah berancang untuk kekal dalam profesion keguruan dalam masa lima tahun akan datang.

** Jika seorang guru mengajar kurang dari 10 jam seminggu, mereka masih digalakkan untuk memohon dan menerangkan peranan mereka di sekolah dengan lebih lanjut di dalam permohonan mereka. Guru-guru yang memegang jawatan khas dan kepimpinan di sekolah juga digalakkan untuk memohon.

Had permohonan

Calon hanya dibenarkan untuk menghantar satu permohonan sahaja untuk Malaysia Teacher Prize.

Dalam sebarang kes kemusykilan mengenai kelayakan calon, keputusan yang dilakukan oleh pihak PEMIMPIN GSL adalah muktamad.

Untuk memohon sebagai calon Malaysia Teacher Prize,
sila lengkapkan permohonan atas talian berikut.

Tarikh tutup permohonan ialah 2 Jun 2024.

Sila ambil maklum bahawa hanya permohonan atas talian akan diterima. Sebarang permohonan melalui pos atau emel tidak akan diambil kira.

Pencadangan guru untuk
Malaysia Teacher Prize

Untuk mencadangkan guru pilihan anda,
sila hantar maklumat asas guru tersebut.

Tiada had kepada jumlah pencadangan.

Ketahui lebih lanjut mengenai permohonan dan pencadangan Malaysia Teacher Prize

  • Maklumat lanjut mengenai terma dan syarat boleh didapati di sini.
  • Maklumat lanjut mengenai kaedah penjurian boleh didapati di sini.
  • Semua dasar, prosedur, dan garis masa yang terlibat sepanjang Malaysia Teacher Prize berlangsung tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal atas budi bicara pihak PEMIMPIN GSL.