Jawatankuasa Anugerah 2023

Hadiah Guru Malaysia mempunyai proses penilaian yang teliti dan melalui beberapa peringkat, yang dijalankan oleh para hakim daripada pelbagai organisasi dan Kementerian Pendidikan (KPM) menggunakan rubrik penilaian yang piawai sepanjang proses tersebut. Sebelum sampai ke Jawatankuasa Hadiah, semua permohonan yang dihantar telah disaring berdasarkan kriteria kelayakan dan kelengkapan permohonan mereka

Penilaian Tahap 2

Setiap permohonan dinilai oleh dua Ahli Jawatankuasa Hadiah, dan ahli yang mengenali pemohon secara peribadi perlu menarik diri daripada membuat penilaian, manakala ahli yang mengenali pemohon secara profesional perlu mengisytiharkan konflik kepentingan. Purata markah telah disemak secara dalaman untuk memastikan semua pemohon yang layak dinilai secara konsisten mengikut piawaian rubrik penilaian.

Memuatkan...

Penilaian Tahap 3 –  Temu Bual Atas Talian

Pemohon yang disenarai pendek untuk Peringkat 3 juga telah menjalani semakan latar belakang di mana pasukan menyemak butiran permohonan mereka dengan media sosial serta menjalankan temu bual bersama pemimpin sekolah mereka. Peringkat ini menentukan 10 Finalis Terbaik.

Memuatkan...

Penilaian Tahap 4 – Temu Bual Bersemuka

10 Finalis Terbaik telah melalui temu bual akhir secara bersemuka bagi menentukan 5 Finalis Terbaik dan Pemenang Hadiah bagi tahun 2023.

Memuatkan...