Soalan Lazim

Ada soalan tentang Malaysia Teacher Prize? Sila rujuk kepada jawapan berikut.

Anugerah ini terbuka kepada semua guru dalam perkhidmatan yang mengajar pelajar wajib persekolahan berumur lima hingga dua puluh tahun. Persekolahan wajib ini termasuk sekolah awam, sekolah swasta, dan sekolah di bawah badan bukan kerajaan (NGO) yang patuh kepada sukatan kurikulum kebangsaan. Calon hendaklah mengajar sekurang-kurangnya 10 jam setiap minggu dan berancang untuk kekal dalam profesion keguruan untuk tempoh 5 tahun akan datang.

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan ini, sila lawat laman permohonan berserta terma dan syarat Malaysia Teacher Prize. 

Tidak. Permohonan Malaysia Teacher Prize adalah percuma sepenuhnya. 

Permohonan boleh dilakukan dalam dua bahasa, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Semua soalan permohonan disediakan dalam format dwibahasa.

Untuk memohon atau mencadang seorang guru untuk Malaysia Teacher Prize, sila gunakan pautan berikut

Tiada. Anda hanya perlu menghantar maklumat lengkap guru-guru tersebut satu per satu di pautan ini, dan pihak kami akan menghantar emel kepada guru tersebut untuk memulakan proses permohonan mereka.

Untuk mencadang seorang guru untuk Malaysia Teacher Prize, sila gunakan pautan berikut

Terdapat pilihan ‘Save and Continue’ untuk pemohon yang belum melengkapkan proses permohonan. Apabila anda memilih pilihan ini, anda akan menerima satu emel bersama pautan unik yang membolehkan anda mengemaskini semula permohonan tersebut. Namun begitu, setelah permohonan dihantar, anda tidak akan lagi mempunyai pilihan untuk menyunting permohonan tersebut. 

Jika nama anda telah disenaraipendekkan ke 10 Finalis Teratas, anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk memaklumkan kepada anda akan hal tersebut. Jika anda tidak menerima sebarang makluman daripada pihak kami, ia bermaksud anda tidak disenaraipendekkan  sebagai 10 Finalis Teratas.

Untuk mempunyai peluang dipilih sebagai 10 Finalis Teratas Malaysia Teacher Prize, sila memohon melalui pautan berikut

Semua permohonan harus dilakukan secara atas talian melalui laman web kami. Sebarang permohonan yang dihantar secara pos atau emel tidak akan diterima sebagai permohonan yang sah atau dipertimbangkan bersama dengan permohonan atas talian.

Untuk memohon atau mencadang seorang guru untuk Malaysia Teacher Prize, sila gunakan pautan berikut

Hadiah wang tunai akan diberikan kepada Pemenang secara ansuran tahunan dalam tempoh sepanjang dua tahun. 

5 Finalis Teratas pula akan menerima wang tunai mereka sekaligus.

Untuk maklumat selanjutnya, sila rujuk laman web terma dan syarat kami.

Juara dan 5 Finalis Teratas akan diumumkan ketika Majlis Anugerah Malaysia Teacher Prize pada bulan Oktober/November.

Untuk mempunyai peluang dipilih sebagai Pemenang Malaysia Teacher Prize, sila memohon melalui pautan berikut

Terdapat juri-juri dalam Jawatankuasa Anugerah yang akan memilih pemohon yang akan mara ke peringkat permohonan kedua di mana bahan tambahan akan diperlukan. Kemudian calon temuduga akan disenarai pendek supaya panel juri khas kami akan memilih 10 Finalis Teratas, 5 Finalis Teratas dan Pemenang. 

Semua permohonan akan disemak berdasarkan rubrik penjurian demi memastikan kesaksamaan dan keseragaman.

Untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan metodologi penjurian Malaysia Teacher Prize, sila melawat halaman Metologi kami.

Jika anda tidak menerima apa-apa makluman daripada kami sehingga pengumuman 10 Finalis Teratas dibuat, ini bermaksud anda tidak berjaya disenaraipendekkan ke 10 Finalis Teratas.

Untuk mempunyai peluang dipilih sebagai 10 Finalis Teratas Malaysia Teacher Prize, sila memohon melalui pautan berikut