Aishah bt Mohd Hamdan
SMK Raja Permaisuri Bainun, Perak
Cikgu Aishah Hamdan merupakan salah seorang daripada 5 Finalis Teratas Malaysia Teacher Prize. Beliau merupakan seorang guru Bahasa Inggeris dari SMK Raja Permaisuri Bainun, Perak. Cikgu Aishah sangat aktif dalam mengendalikan pembelajaran berasaskan projek dan pembangunan inovasi untuk kaedah pengajarannya. Salah satu inovasi terawal beliau ialah ‘Pameran Sastera DIY’ yang menghimpunkan 52 buah sekolah di Kinta Utara. Beliau juga berjaya membawa pembelajaran subjek Bahasa Inggeris ke tahap yang lebih tinggi apabila beliau menghasilkan sebuah teater muzikal, ‘Sing to the Dawn’, bersama anak muridnya yang menarik perhatian lebih daripada 4000 penonton awam. Beliau percaya tugasnya sebagai seorang pendidik adalah untuk menggilap potensi pelajarnya. Impak usaha beliau dapat diperhatikan apabila murid-murid beliau lebih yakin dalam mengekspresikan diri mereka dan dalam peningkatan peratusan gred purata SPM Bahasa Inggeris sekolah beliau pada tahun 2019. Kejayaan murid-murid beliau telah mendorong Cikgu Aishah untuk meneruskan kaedah pembelajaran berasaskan projek beliau. Keuntungan yang diperolehi daripada pertunjukan teaternya telah disumbang balik kepada sekolah dan badan amal.