Metodologi Penjurian Malaysia Teacher Prize
Proses Penjurian Malaysia Teacher Prize
- Proses penjurian pelbagai peringkat ini melibatkan proses penapisan, saringan dan temu duga untuk menyenarai pendek Finalis dan Pemenang Malaysia Teacher Prize.
- Proses penjurian pelbagai peringkat ini dijalankan oleh dua kumpulan juri:
- Jawatankuasa Anugerah
- Panel Juri
- Jawatankuasa Anugerah dan Panel Juri terdiri daripada individu yang merupakan:
- Pegawai berpengalaman dari Kementerian Pendidikan Malaysia
- Ahli akademik yang tersohor
- Individu cemerlang daripada organisasi pendidikan
- Individu cemerlang daripada organisasi bukan pendidikan
- Individu cemerlang daripada Organisasi berkait Malaysia Teacher Prize
Proses Penilaian Malaysia Teacher Prize
- Semua permohonan yang dihantar akan melalui proses penilaian pertama untuk menentukan calon yang layak.
- Semua calon yang layak akan dinilai oleh Jawatankuasa Anugerah berdasarkan rubrik untuk disenarai pendek ke peringkat temuduga.
- Temuduga yang dijalankan oleh Panel Juri akan menentukan 10 Finalis Teratas, 5 Finalis Teratas dan Pemenang Malaysia Teacher Prize.
- Semua dasar, prosedur dan garis masa yang terlibat sepanjang Malaysia Teacher Prize berlangsung tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal atas budi bicara pihak PEMIMPIN GSL.