Ahmad Firdauz Bin Abdullah Tahrin

Ketua Program, Pusat Kecemerlangan Intervensi Awal Permata Kurnia

Ahmad Firdauz bin Abdullah Tahrin merupakan Ketua Program di Pusat Kecemerlangan Intervensi Awal Permata Kurnia. Beliau merupakan Mantan GPK Kokurikulum di SK Sungai Danga, Johor Bahru dan Mantan Guru Besar di SK Pekan Nanas, Pontian (Sekolah Amanah). Kedua-dua sekolah ini amat unik atas faktor kepelbagaian latar belakang murid dan merupakan sekolah di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru dengan 40% muridnya adalah murid Asli Seletar.Namun begitu, pelibatan ibu bapa dan komuniti telah merupakan cabaran utama pihak sekolah. Walaubagaimanapun, Firdauz telah mengetengahkan prinsip agar sekolah bergerak bersama komuniti dan pemegang taruh dan tiada istilah ‘aku’ tetapi ‘kami’ bagi memastikan matlamat sekolah tercapai. Hasil usaha tersebut, sekolah beliau telah berjaya mendapat pencapaian terbaik UPSR pada tahun 2019. Beliau juga berpegang teguh kepada budaya kerja ‘moving forward, moving together’ untuk melahirkan lebih ramai pemimpin muda dalam kalangan guru.