Ahmed Faris bin Amir

CEO, Impact Integrated

Ahmed Faris Amir atau lebih dikenali sebagai Med ialah Ketua Pegawai Eksekutif di Impact Integrated, sebuah agensi pemangkin strategik di bawah bidang kuasa Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Beliau juga merupakan Pengerusi Institut Debat & Pidato Awam Malaysia (MIDP).Sebagai seorang generalis, Med berkelulusan ijazah sarjana muda Fizik Tulen dari UiTM dan telah menceburi bidang keusahawanan dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, makanan dan minuman, acara, teknologi fesyen dan perundingan pengurusan sebelum menjawat jawatan beliau kini.