Azzatullina Binti Pawanchik

PADU

Azzatullina yang berkepakaran dalam bidang komunikasi mempunyai lebih daripada 25 tahun pengalaman bekerja. Kerjaya beliau bermula dalam sektor perkhidmatan kewangan sehingga kini bekerja di PADU, dalam unit pelaksanaan dan prestasi pendidikan KPM. Beliau percaya bahawa Pengurusan Perubahan merupakan komponen penting dalam mana-mana agenda transformasi dan dengan itu, beliau telah mengasah kemahiran tersebut sepanjang perjalanan kerjayanya.Di PADU, beliau merupakan sebahagian daripada pasukan yang bertanggungjawab untuk memudahkan proses transformasi sistem pendidikan negara dengan membantu pihak berkepentingan maju dalam perjalanan transformasi, sama ada kakitangan Kementerian yang merangkumi hampir 500,000 guru atau pihak yang terlibat secara tidak langsung dalam bidang pendidikan. Beliau juga ditugaskan untuk mengurus komunikasi dalaman dan luaran untuk memastikan pihak berkepentingan dan orang ramai mempunyai kesedaran, bermaklumat dan menyokong projek besar-besaran ini untuk membentuk generasi muda menjadi warganegara yang bersedia untuk mengharungi apa-apa cabaran masa depan.