Bitty Binti Ansawi

Jurulatih Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+)

Bitty merupakan Jurulatih Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+) yang bertanggungjawab melatih dan membimbing guru dalam aspek pedagogi, penilaian dan kurikulum ke arah pengajaran dan pembelajaran bilik darjah yang lebih menarik dan berkesan, sejajar dengan perkembangan semasa menggunakan elemen pembelajaran yang menyeronokkan, teknologi, dan pedagogi kreatif dan inovatif serta menyemai kemahiran berfikir aras tinggi untuk menarik minat pelajar untuk belajar. Beliau memegang ijazah sarjana muda dalam TESL dan PhD dalam pengurusan pendidikan. Kepakaran beliau ialah sebagai jurulatih Bahasa Inggeris dan ICT, inovasi pendidikan, penceramah dan fasilitator bengkel, pakar Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC), pembentang persidangan dan penulisan jurnal.