Bitty Binti Ansawi

Jurulatih Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+), Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran

Bitty Binti Ansawi ialah seorang Jurulatih Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+) yang bertanggungjawab dalam membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru dalam aspek pedagogi, pentaksiran, dan kurikulum. Peranannya adalah untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah agar lebih menarik dan berkesan. Pendekatannya selaras dengan perkembangan semasa dengan menggabungkan elemen pembelajaran yang menyeronokkan, teknologi, serta pedagogi yang kreatif dan inovatif. Beliau juga memberi tumpuan kepada penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif.Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam TESL dan Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam Pengurusan Pendidikan. Bidang kepakarannya merangkumi bimbingan Bahasa Inggeris dan ICT, inovasi pendidikan, fasilitasi bengkel, kepakaran dalam Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC), pembentangan persidangan, serta penulisan jurnal.