Datin Rosliza Rosli ialah Timbalan Pengarah Pengurusan Kurikulum di bawah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh. Beliau mempunyai hampir 30 tahun pengalaman dalam profesion keguruan dan Kementerian. Beliau berpengalaman mengajar di sekolah bandar dan luar bandar selain daripada berkhidmat dalam pelbagai jabatan di Kementerian Pendidikan dan yang terkini ialah Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar & Pudu. Pada tahun 2014, beliau telah dipilih untuk menyertai PADU Corporation secara sementara. PADU ialah sebuah unit pengurusan projek yang ditubuhkan untuk membantu dalam transformasi pendidikan. Beliau juga amat berbangga dengan kemajuan projek Indeks Kebahagiaan Sekolah (diuji di 71 Sekolah Berasrama Penuh) yang beliau terajui.