Dr Shyielathy berkhidmat pensyarah akademik di Jabatan Pengajian Siswazah, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak, Malaysia. Dengan pengalaman selama 16 tahun sebagai guru pendidikan khas di empat sekolah kebangsaan di Malaysia, beliau mempunyai pemahaman yang mendalam tentang bidang pendidikan khas.Dianugerahkan Ijazah Sarjana Kedoktoran dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Pendidikan Khas) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, pada tahun 2020. Beliau banyak terlibat dalam usahaa memperjuangkan hak pendidikan kanak-kanak, terutamanya mereka yang berkeperluan khas, dan secara aktif menyokong pendidikan inklusif.Dalam kapasiti ini, beliau juga penasihat bagi Kumpulan Sokongan Keluarga Kebangsaan untuk Kanak-kanak dan Orang Berkeperluan Khas di Malaysia. Salah satu sumbangan penting beliau kepada bidang ini ialah pembangunan instrumen saringan yang dipanggil SYMBEST, kajian penyelidikan dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Kebangsaan di Universiti Pendidikan Sultan Idris