Elina Tan Binti Shariff Tan

Pegawai SISC+, PPD Kota Setar

Elina Tan ialah seorang pegawai SISC+ dan telah berkhidmat di PPD Kota Setar sejak 10 tahun lalu. Beliau terlibat dalam sesi pemantauan dan bimbingan dengan pemimpin pertengahan di sekolah-sekolah dalam daerahnya. Elina terlibat dengan aktif dalam penyelidikan tindakan dan berharap dapat menjadi inspirasi kepada guru-gurunya. Dalam pengajaran, beliau sentiasa percaya bahawa guru yang berkesan ialah guru yang mampu menarik minat dan menyerlahkan bakat pelajar dan membawa pembelajaran yang menyeronokkan ke dalam bilik darjah, di samping membentuk jalan untuk membangunkan seorang kanak-kanak yang holistik masa hadapan.