Farah yang merupakan seorang pensyarah di Institut Aminuddin Baki (IAB) sebelum ini pernah berpengalaman mengajar dan berkongsi ilmu di pelbagai peringkat iaitu sekolah rendah, matrikulasi, bakal guru dan pelajar universiti. Beliau berhasrat ingin membangunkan ummah yang berjaya dengan berpandukan iman menerusi pendidikan Malaysia.