Farhana telah memulakan kerjaya beliau sebagai guru matematik di SMK Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur. Bagi mengembangkan kerjayanya, beliau telah menjawat jawatan sebagai Penolong Pengarah di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM. Kini beliau bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah di Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional KPM. Beliau percaya kepada prinsip bahawa, ‘sekali menjadi guru, selamanya adalah guru’ dan ‘pendidik yang hebat menghasilkan generasi yang hebat’.