Masniah berkhidmat di Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah sebagai Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK) unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Perkhidmatan saya di JPN Sabah bermula pada tahun 2020 sebagai KPP di Sektor Pengurusan Sekolah. Hanya setahun di sektor tersebut beliau dipindahkan ke Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD (SPPD). Perpindahan ini disebabkan pengalaman beliau dalam bidang perancangan kerana sebelum ini beliau telah berkhidmat di Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah (IABCS) selama empat tahun. Di Institut Aminuddin Baki Masniah banyak terlibat dalam pengurusan program untuk pemimpin pertengahan dan juga bakal-bakal guru besar dan pengetua (PGB). Salah pengurusan program paling memberi makna adalah program NPQEL. Program ini merupakan salah satu yang banyak memberi ilmu pengurusan kepada bakal PGB. Beliau juga berkhidmat di IABCS kerana ingin menambah ilmu dalam pengurusan sekolah di samping itu mendapat pengalaman yang baharu. Beliau sebenarnya telah berkhidmat di Jemaah Nazir selama 10 tahun sebelum itu. Pengalaman di Jemaah Nazir Sekolah banyak memberi ilmu yang nyata berkaitan pengurusan sekolah kerana pemantauan sekolah yang bersistem oleh jemaah nazir membantu beliau dalam membimbing sekolah dari segi pengurusan dan juga pengajaran dan pembelajaran guru.