Rashidah Binti Mohd Said

Ketua Pusat, Pusat Pengurusan Dasar dan Inovasi, Institut Aminuddin Baki

Rashidah telah berkhidmat sejak 1992 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Jawatan akhir yang beliau sandang adalah sebagai Guru Kanan Matapelajaran Kemanusiaan dan seterusnya berkhidmat di Institut Aminuddin Baki (IAB) pada tahun 2009. Beliau juga pernah bertugas sebagai pensyarah kanan di Jabatan e-Pembelajaran dan Jabatan Pembangunan Sistem Maklumat. Jawatan terkini beliau di Institut Aminuddin Baki adalah sebagai Ketua Pusat, Pusat Pengurusan Dasar dan Inovasi. Rashidah juga mempunyai Pensijilan dalam Certified Assessor (2022), Certified Coach (2017), Certifed Trainer (2016), ISTE-MDEC Coaching Programme (2016). Beliau juga mempunyai pengalaman selama 14 tahun dalam e-Pembelajaran sebagai Instructional Designer dan bidang latihan dalam Pengurusan Perubahan selain bidang teknologi. Beliau juga bukan sahaja terlibat sebagai peserta, malah turut menjadi hakim dalam pelbagai pertandingan inovasi.