Sabariah merupakan seorang Ketua Penolong Pengarah Unit Dasar Operas, Kajian dan Penyelidikan di Bahagian Pendidikan Khas, KPM. Tugas utama beliau adalah mengurus dan merancang pelaksanaan dasar operasi pendidikan khas, mengurus dan menyelaras sistem penyampaian pendidikan khas, mengurus dan mengawal selia urusan hal-ehwal Parlimen, serta mengurus dan merancang penyelidikan dan kajian program termasuk penilaian aktiviti dan perkhidmatan Pendidikan Khas. Beliau telah berkhidmat selama 14 tahun di Bahagian Pendidikan Khas, KPM dan masih lagi teruja untuk menabur khidmat bakti dalam bidang Pendidikan Khas.