Saleha Binti Mersin @ Wainon

Jurulatih Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+), Pejabat Pendidikan Daerah Keningau

Saleha Binti Mersin @ Wainon telah berkhidmat dalam dunia pendidikan sejak tahun 2004 dalam bidang bahasa inggeris. Beliau telah melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti of Warwick, UK dalam bidang ELT (specialism in testing and assessment) melalui anugerah Hornby Trust UK pada tahun 2015. Terkini, beliau memegang jawatan di SISC+ di Pejabat Pendidikan Daerah Keningau dan bertanggungjawab membimbing dan membantu 72 buah sekolah rendah dan 12 buah sekolah menengah. Beliau menyukai aktiviti lasak dan berkaitan dengan alam sekitar.