Yu Shen ialah Ketua Tanggungjawab Korporat di Maxis yang menyelia inisiatif CSR syarikat terutamanya dalam memanfaatkan teknologi untuk menyokong dan memperkasakan masyarakat, seperti pelajar, guru dan usahawan.Sebelum menyertai Maxis, Yu Shen merupakan Ketua Pendidikan di Yayasan PETRONAS yang memimpin bidang pendidikan Yayasan Petronas, memantau pelbagai program dan geran termasuklah Program Duta Guru, sebuah program peningkatan kemahiran guru STEM di seluruh negara. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai perunding strategi dengan Dalberg Advisors dan sebagai Pengurus unit prestasi penyampaian Kementerian Pendidikan Malaysia di PADU.Beliau memegang Ijazah Pengurusan Awam (MPA) dari Universiti Kebangsaan Singapura dan Ijazah Sarjana Ekonomi dari Universiti Putra Malaysia.