Shairatul Azlin Binti Abdul Shukor

Penolong Setiausaha Bahagian Psikologi dan Kaunseling, KPM

Dr Shairatul Azlin binti Abdul Shukor ialah Penolong Setiausaha Bahagian Psikologi dan Kaunseling, KPM dan kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Pengalaman selama 20 tahun dalam bidang pendidikan termasuklah berkhidmat di Sekolah Berasrama Penuh, menjadi Guru Cemerlang di sekolah harian, kaunselor organisasi, pensyarah di Institut Pendidikan Guru (IPG), dan penyelia kaunselor. Dr Azlin meminati bidang pendidikan terutamanya dalam menyediakan perkhidmatan bimbingan, kaunseling dan psikologi kepada pelajar, guru pelatih dan kakitangan IPG. Pada masa ini, beliau memberikan tumpuan kepada perancangan untuk latihan kaunselor dan menyediakan perkhidmatan kaunseling dan psikologi untuk guru dan kakitangan KPM dari seluruh Malaysia. Beliau juga komited dalam berkhidmat untuk masyarakat sebagai ahli jawatankuasa dan Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk pelbagai sekolah.