Stephen J Hall ialah Profesor dan Ketua Pusat Kajian Bahasa Inggeris, Universiti Sunway, dan telah bertugas di sana selama lebih daripada lima belas tahun. Beliau telah menguruskan projek-projek pendidikan kebangsaan Malaysia, terlibat dalam perniagaan sebagai jurulatih korporat di Singapura, dan melatih guru di seluruh rantau ASEAN. Dr. Hall mempunyai lebih daripada 45 penerbitan termasuklah 7 buah buku. Baru-baru ini beliau bersama Lee Su Kim telah menulis buku “Manglish: Malaysian English at its Wackiest” (edisi ke-2). Beliau juga telah terlibat dalam TESOL selama lebih dari 40 tahun dan bersemangat dalam sektor pengajaran dan pembelajaran dalam era digital.