Szarmilaa Dewie A/p Krishnan

Pensyarah, Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris (ELTC), Kementerian Pendidikan Malaysia

Szarmilaa Dewie Krishnan ialah pensyarah di Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris (ELTC), Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau menamatkan Ijazah Doktor Falsafah dalam Teknologi Pendidikan di bawah biasiswa penuh kerajaan. Beliau berkelulusan M.Ed (TESL) dari Universiti Malaya. Beliau telah menjalankan beberapa kajian tentang tabiat membaca, permainan bahasa, dan penggunaan bahasa Inggeris di Malaysia. Minat semasa beliau adalah dalam program penyelidikan pendidikan, gamifikasi, permainan bahasa, pembelajaran campuran dan gamifikasi pembelajaran dalam talian. Beliau telah mereka dan membangunkan kursus gamifikasi pembelajaran dalam talian dalam Classcraft untuk meningkatkan kecekapan guru bahasa Inggeris di Malaysia. Dengan mengutamakan tanggungjawab, beliau berusaha untuk cemerlang dalam apa-apa bidang yang diceburi. Beliau juga telah melibatkan diri dalam pelbagai inisiatif,iaitu Pro-ELT, PPKBIS, DLP, PITO, dan juga Pelatih Induk untuk CEFR. Szarmilaa telah berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Persatuan Pengajaran Bahasa Inggeris Malaysia (MELTA), Pengarah Latihan dan kini beliau menyandang jawatan Setiausaha Kehormat MELTA Malaysia.